9:38 AM

Sejarah Sekolah









SEJARAH SEKOLAH


• Telah ditubuhkan atau didirikan dalam tahun 1937 di atas sebidang tanah seluas 3.55 ekar dan berukuran 60 x 24 kaki.
• Bangunan kayu yang mengandungi dua bilik darjah adalah kurniaan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu

• Jumlah pelajar pada masa itu ialah seramai 30 orang yang kesemuanya adalah murid perempuan dan belajar dalam darjah dua sahaja. Tenaga pengajarnya pun seorang guru perempuan.

• Pada Tahun 1950, sebuah bangunan kayu dua tingkat berukuran 140 x 22.5 kaki telah dibina oleh Kementerian Pendidikan bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah seramai 639 orang.

• Pada 20 Jun 1964, murid-murid dibahagidua iaitu 515 orang di bawah kelolaan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu manakala 287 orang di bawah pengawasan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Dua.

• Pada 1 Januari 1972, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu dan Dua dicantumkan semula dengan nama Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam sahaja. Murid-murid lelaki juga diterima masuk dengan murid perempuan

MAKLUMAT PROFIL

SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU BUKIT BESAR ONLINE
KUALA TERENGGANU

SK TENGKU AMPUAN MARIAM
Maklumat Pentadbiran Sekolah

Kod Sek: TBA3001
Gred: B
Alamat: JLN TENGKU AMPUAN MARIAM,
20200 KUALA TERENGGANU.
No Tel: 096221114
No Fax: 096221114
E-mail: tba3001a@yahoo.com.my
Lamanweb Sekolah: www.sktam.tripod.com/kt.html
Nama Pengetua / Guru Besar: MOHD SAFEE BIN ISMAIL
Nama Guru PK1: MOHD NOR BIN OTHMAN
Nama Guru PK2: HJH NAPISAH BT CHE' KAR
Nama Guru PK3: MOHD ZAIN BIN ABDULLAH

Enrolment Sekolah

Bil Guru Lelaki: 9 Bil Guru Perempuan: 25
Bil Murid Lelaki: 316 Bil Murid Perempuan: 266
Maklumat Pusat Sumber Sekolah

Nama Penyelaras PSS: PN AZIZAH BT MUHAMMAD
No KPPenyelaras PSS: 550227115096
Tarikh Dilantik: 1/1/2005
Pengalaman Penyelaras PSS: 2

Nama Guru BTayangan: PN NORHAIZAN BT YAACOB
No KPGuru BTayangan: 700223065184
Pengalaman Guru BTayangan: 3

Nama Guru BABM: PN WAN SAKINAH BT WAN ALI
No KPGuru BABM: 740120115122
Pengalaman Guru BABM: 3

Nama Guru Nilam: PN WAN ZURAIDAH BT WAN ABD JALIL
No KPGuru Nilam: 660917115082
Pengalaman Guru Nilam: 2

Analisa Bahan Di PSS

Bil Buku: 12000 Bil CDAudio: 87 Bil CDri BTP: 0
Bil CDSmart School: 53 Bil CDEtems: 0 Bil VCD: 37
Bil Pita Kaset: 488


Maklumat Aktiviti & Permasalahan PSS

Status Perlaksanaan Nilam: DILAKSANAKAN
Aktiviti Nilam: PROJEK BAKUL
ANUGERAH PUTERA-PUTERI NILAM
KUIZ NILAM
PROJEK MEMBACA
Tahun Penilaian Nilam: 2008
Bil Murid Terlibat: 109
Pencapaian Nilam: 109 Pencapaian Rakan Pembaca: 0 Pencapaian Emas: 0
Pencapaian Perak: 4 Pencapaian Gangsa: 4

Fungsi Astro:
Catatan _Masalah Astro:
Tindakan Atasi Astro:

Nama Sistem Automasi: TIADA
Syarikat _Pembina:
Tarikh Guna Sistem Automasi:
Kekuatan Sistem Automasi:
Kelemahan Sistem Automasi:

Maklumat ICT Sekolah

Bil Komp PSS: 0
Masalah Pentadbiran PSS: Tiada Kelengkapan Komputer
Nama Penyelaras Makmal ICT: MOHD YUSOFF BIN MOHAMED
Bil Komp Makmal 1: 10 Bil Komp Makmal 2: 21
Makmal Komp Kem Fassa: Fasa 11

Maklumat Guru Yang Mempunyai Kepakaran Dalam Bidang ICT

1. Guru Berkebolehan : NOR HAZLEN BT ABDULLAH
Bidang : PHOTOSHOP
Tahap : SEDERHANA
2. Guru Berkebolehan : MOHD AZHAN BIN AB HAMID
Bidang : AUTHORWARE
Tahap : SEDERHANA
3. Guru Berkebolehan : RAZALI BIN HARUN
Bidang : PENGATURCARAAN
Tahap : SEDERHANA

Projek Inovasi Sekolah:




Disediakan Oleh: MAIMUN HJ MOHD MUHARRAM
Jawatan Penyedia: PEMBANTU TADBIR
Tarikh: 6/20/2008







SLOGAN SEKOLAH

Sempurna Keimanan Terserlah Akhlak Mulia


SKTAM

SMART
Knowledgeable
Trustworthy
Amiable
Magnificient


HALA TUJU SEKOLAH

Melahirkan Pelajar Berpendidikan Sempurna Dan Berdaya Maju


SEKOLAH UNGGUL PELAJAR CEMERLANG DAN BERKETRAMPILAN

• Kedudukan sekolah ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu . Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Bangunan Wisma Darul Iman yang menempatkan jabatan – jabatan kerajaan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Terengganu dengan diketuai oleh Pejabat Menteri Besar.

• Ramai di antara murid-murid yang tinggal berhampiran atau sekitar kawasan sekolah datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka bekerja sendiri (peniaga ), boroh, nelayan, pengayuh beca dan lain-lain.
Separuh lagi murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat-pejabat yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. Ramai juga murid-murid di sini merupakan anak-anak polis kerana Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam juga terletak berhampiran dengan berek Polis FRU yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.




• 19 Buah Kelas
• 1 Pejabat Sekolah
• 1 Bilik Guru
• 1 Bilik Tayangan
• 1 Bengkel Kemahiran Hidup
• 1 Kedai Sekolah
• 1 Surau
• 1 Bilik Akses
• 1 Makmal Komputer
• 1 Stor Pjpk
• 1 Kantin
• 1 Bilik Rawatan Gigi
1 Bilik Bbm
• 1 Bilik Bimbingan & Kaunseling
• 1 Perpustakaan
• 1 Bilik Penyimpanan Alatan Pendidikan Seni Visual
• 1 Bilik Bank Soalan
• 1 Bilik Sains
• 1 Bilik Operasi Spbt Sekolah (Boss)
• 2 Tandas Guru (L)
• 2 Tandas Guru (P)
• 2 Tandas Murid (L)
• 2 Tandas Murid (P)
• 1 Gelanggang Bola Tampar
• 1 Gelanggang Bola Baling/ Bola Jaring










Mohd Safee Ismail ( Guru Besar)

Pn Yap Suat Heng ( PK HEM)

En Mohd Nor bin Othman ( PK I )

En Abd Razak bin Salleh ( PK Koko

Pn Fazilah/Azelah Mohd Zain
Ketua Pembantu Tadbir N22

Pn NorHayati Mohd Noor
Juruteknik Komputer FT17

Pn NorSafarina Abd Aziz
Pegawai IT Sekolah (EIO) FT27

Pn Noraini Embong
Pembantu Tadbir N17

En Mohd Khairul Kamanudin
Pembantu Am Pejabat N1




KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH KESELURUHAN GURU KELAS
1 MARYAM 18 20 38 PUAN HAMIDAH HAMID
1 KHADIJAH 19 16 35 PUAN NORLIDA ABD JALIL
1 BALQIS 19 16 35 PUAN NORHAIZAN YAACOB
2 MARYAM 13 22 35 PUAN ZARINA SALIM
2 KHADIJAH 20 12 32 PUAN HARYATI AMZA SAID
2 BALQIS 15 10 25 PUAN HJH WAN ZUNAIDAH
3 MARYAM 11 25 36 PUAN ZAINAB ALI
3 KHADIJAH 10 20 30 PUAN MAZNAH GHANI
3 BALQIS 14 11 25 PUAN MAZLINA MANSOR
3 HAJAR 14 4 18 PUAN HALIMAH ZAKARIA
4 MARYAM 15 21 36 PUAN HAFIZA MAJID
4 KHADIJAH 22 15 37 PUAN RAHMAH ZAKARIA
4 BALQIS 15 4 19 PUAN ZURAIDAH SAFEE


KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH KESELURUHAN GURU KELAS
5 MARYAM 14 24 38 PUAN ZANARIA AHMAD
5 KHADIJAH 18 18 36 PUAN RUSLINA EMBONG
5 BALQIS 21 5 26 PUAN ZAITON ABD RAHMAN
6 MARYAM 16 23 39 PUAN MAZIHA YUSUF
6 KHADIJAH 20 16 36 PUAN MAIMUN CHIK
6 BALQIS 21 5 26 PUAN UMI KALSUM MD ZAIN











BULAN NAMA PROGRAM TINDAKAN
JANUARI • Motivasi AwaL Remaja
• KEM A – Murid-murid perempuan
• KEM B – Murid – murid lelaki PK HEM
FEBRUARI • Perlantikan dan penyerahan tugas Pengawas Sekolah
2008
• Kem Matapelajaran Sains ( Tahun 6) PK HEM

PK 1
MAC • Kem Bestari Solat (Tahap 2)
• Kem Matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6
• Lawatan sambil belajar murid miskin dan yatim
• Mesyuarat AGONG PIBG kali ke PK 1
PK 1
PK HEM
S/U PIBG
APRIL • Perkhemahan Unit Beruniform
• Kem Matapelajaran Matematik Tahun 6 PK KOKU
PK 1
MEI • Motivasi UPSR Murid-murid Tahun 6
• Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah PK 1
PK KOKU
JUN • Pendidikan Pencegahan Dadah
• Kem Matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 6
• Hari Penyerahan Buku Pelaporan PK HEM
PK 1
PK 1





















BULAN NAMA PROGRAM TINDAKAN
JULAI • Kem Matapelajaran Sains Tahun 6
• Sukaneka
• Solat Hajat UPSR PK 1
PK KOKU
PK 1/PK HEM

OGOS • Sambutan Bulan Kemerdekaan
• Solat Hajat UPSR
• Kem Pengukuhan Matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6
PK KOKU
PK 1/PK HEM
PK 1
SEPTEMBER • PEPERIKSAAN UPSR
• Lawatan Sambil Belajar Murid-murid Tahun 6
PK 1
PK KOKU
OKTOBER • Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah PK KOKU
NOVEMBER • Hari Penyampaian Hadiah
• Jamuan Akhir Tahun PK 1/PK KOKU
PK HEM









1. Mencapai matlamat DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
2. Melahirkan golongan pelajar yang berilmu , bermoral dan
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara.
3. Mewujudkan kesefahaman dan kerjasama , komuniti ke arah pembentukan
konsep sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat.








1. Meningkatkan pencapaian akademik dari segi kualiti dan kuantiti.
2. Melahirkan pelajar yang mahir dan berketrampilan dalam berbagai bidang
serta tidak lupa kepada Tuhan.
3. Melahirkan pelajar yang berkemah tinggi, berdisiplin, penyayang dan
bermoral.




Kami warga SKTAM berazam dan berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan kami berdasarkan Piagam Pelanggan berikut;

1. PIAGAM PELANGGAN MURID
1.1 Semua murid dilayan mesra.
1.2 Mengambil tindakan segera atas setiap aduan yang diterima dari murid.
1.3 Murid mendapat maklumat yang jelas mengenai semua aktiviti sekolah.
1.4 Memberi peluang murid yang layak menyertai aktiviti peringkat sekolah,
zon, daerah, negeri dan kebangsaan.
1.5 Menyediakan prasarana dan alatan yang m,engcukupi untuk digunakan
oleh semua murid.
1.6 Murid yang layak diberi bantuan RMT, SBT, SPBT, KWAPM dan
sebagainya.


2. PIAGAM PELANGGAN STAF
2.1 Mengambil tindakan segera mengikut prosedur perkhidmatan yang
ditetapkan dalam urusan pembayaran gaji.
2.2 Memberi pengesahan perjawatan kepada staf mengikut pekeliling.
2.3 Memaklumkan tawaran kenaikan pangkat kepada staf yang layak.
2.4 Memberi peluang kepada staf untuk melanjutkan pelajaran.
2.5 Memastikan setiap guru hadir berkursus sekurang-kurangnya sekali
setahun.
2.6 Berusaha mengagihkan tugas secara seimbang
2.7 Menyediakan ABM mengikut keperluan dan kemampuan sekolah
2.8 Menyediakan prasarana yang sesuai untuk kemudahan staf.


3. PIAGAM PELANGGAN IBUBAPA/PENJAGA
3.1 Meyediakan maklumat mengenai pelaksanaan program atau aktiviti
sekolah.
3.2 Mengambil tindakan segera atas setiap aduan berkaitan anak/jagaan.
3.3 Memaklumkan kepada ibubapa/penjaga bila insiden yang tidak diingini
berlaku.
3.4 Permohonan pertukaran murid yang lengkap diproses dalam masa
sejam.


4. PIAGAM PELANGGAN IBUBAPA/PENJAGA
4.1 Memenuhi arahan dan kehendak dari PPD, JPN, JNS dan KPM.
4.2 Bekerjasama dalam menjayakan program dan aktiviti pendidikan
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.


5. PIAGAM PELANGGAN AGENSI LUAR
5.1 Bekerjasama untuk menjayakan program dan aktiviti pendidikan di
pelbagai peringkat dengan semua agensi luar demi kepentingan murid
dan sekolah.
5.2 Mendapatkan bantuan berupa kewangan/ tenaga dan tempat untuk
menjayakan aktiviti pendidikan.
5.3 Mengadakan lawatan sambil belajar bagi memupuk kesedaran dan
motivasi kepada pelajar.


Letak di tengah kota

Bandaraya Warisan kita
Megah berdiri indah sekali
SKTAM sekolah kami
Di sini kami belajar
Mengejar cita yang murni
Menjadi insan berilmu dan beriman
Serta baik budi pekerti
Sekolah yang tercinta
Guru yang budiman
Kami beriltizam
Mencapai kecemerlangan
Kami sungguhlah bangga
Belajar di sekolah ini
Secebis jasamu, tetap dikenangi
Hinggalah akhir hayat nanti
Secebis jasamu, tetap dikenangi
Hinggalah akhir hayat nanti
SKTAM sekolah KAMI




Pencapaian Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP) UPSR 2000-2009

Tahun Jumlah Calon LSMP
( Lulus Semua Mata Pelajaran) % LSMP 5A % 5A
2000 96 53 55.21 8 8.33
2001 113 83 73.45 18 15.93
2002 103 72 69.90 17 16.50
2003 96 75 78.13 12 12.50
2004 110 83 75.45 16 14.55
2005 109 93 85.23 18 16.51
2006 93 67 72.04 17 18.27
2007 90 70 77.78 17 18.89
2008 91 83 91.20 15 16.50
2009 101 84 83.17 16 15.84

9:09 AM

Tokoh- Tokoh Terengganu




BELASUNGKAWA DATO’ HAJI RAZALI BIN ISMAIL (1949-2008)

PPAT KEHILANGAN PEMIMPIN DISEGANI

Meskipun sedetik berlalu, pelbagai peristiwa yang mewarnai kehidupan manusia boleh berlaku. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) khasnya, kehilangan seorang pemimpin dan tokoh akademik berwibawa serta disegani ramai kerana pengalaman dan idea bernas yang sering dilontarkan bagi melahirkan cerdik pandai. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Timbalan Pengerusi Dato’ Razali bin Ismail, 59 tahun tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa beliau sakit malah kelihatan sihat dan cergas. Berita kematiannya memang mengejutkan.

Allahyarham dilantik Timbalan Menteri Pelajaran pada 18 Mac 2008 merupakan Ahli Perlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands pada 28 November 2008 ketika sedang bermain badminton kira-kira pukul 6.30 petang. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949 mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya tahun 1973 dan kemudiannya melanjutkan Ijazah Sarjana juga dalam bidang pendidikan di University of Birmingham tahun 1986 dan 1987.

Pengalaman sebagai seorang Pendidik, Pensyarah dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, di Kementerian Pelajaran banyak membantu beliau menjadi seorang pemimpin yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat. Beliau pernah memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 2004.

Selaku Timbalan Pengerusi PPAT yang dilantik pada 7 Julai 2004, beliau telah bersama-sama membangunkan PPAT dalam mencetuskan tradisi keintelektualan dan budaya ilmu. Nilai tambah dalam bidang pembacaan termasuk infrastruktur perpustakaan samada di pihak pengguna mahupun warga kerja perpustakaan adalah penting dalam usaha melahirkan rakyat yang bestari dan kreafif. Program terakhir Allahyarham bersama PPAT ialah merasmikan Program Jerayawara Bulan Bahasa Dan Sastera Negara 2008 Peringkat Wilayah Timur pada 26 Oktober 2008 bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Personalitinya yang sederhana dan cukup mesra membuatkan Allahyarham mudah diterima oleh semua golongan masyarakat. Allahyarham meninggalkan balu To’ Puan Nooraini Lob Yusoff 51, dan lima orang cahaya mata iaitu Muhamad Nurazli 30, Pengurus di Sime Darby Bhd, Asrul Shah 27 bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, Khairul Amar 23, masih menuntut di Amerika Syarikat, Khairul Anwar menuntut di Universiti Selangor dan yang bongsu Khairul Arif 16, pelajarolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang soleh.

Pulau Pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang juga.

PERGINYA SEORANG TOKOH TEATER

Datuk Haji Razali Ismail kini sudah pergi buat selama-lamanya. Ketika hayatnya, beliau dianggap sebagai tokoh teater yang mementingkan asas pendidikan. Teater yang dibawanya berbaur pendidikan dalam teater dan teater dalam pendidikan.

Sewaktu beliau menjadi Setiausaha Perkumpulan Teater Terengganu (KUMPUTER) selepas mengambil alih daripada saya, beliau menggagas manifestasinya. Melaui Manifestasi 111 pada 1981, beliau mengutarakan Teater Sebagai Media Pendidikan.

Kata beliau, ”Keterampilan teater dan apresiasi seni harus bermula dari zaman kanak-kanak menerusi pendidikan formal dan tidak formal”.

Ekoran itu, manifestasi tersebut menghasilkan resolusi supaya ”teater dan pendidikan kebudayaan” dijadikan isi kandungan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Hal tersebut merupakan satu ketetapan untuk merealisasikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

Sewaktu berbual dengannya dua bulan sebelum beliau meninggal dunia pada Jumaat 28 November 2008 pukul 6.30 petang ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands, beliau berhasrat untuk merealisasikan manifestasi dan resolusi 1981 itu dengan kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

Beliau juga mahu saya dan Majlis Teater Negeri Terengganu mengumpulkan sebanyak mungkin penggiat teater, terutamanya penggiat teater Terengganu pada akhir 2008. Kami bersetuju. Beliau telah memberikan sedikit peruntukan untuk menjayakan program yang amat diminati itu. Kami berasa kehidupan teater Terengganu lebih kukuh, bertambah kuat, bertenaga dan bersemangat ketika beliau menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu hinggalah beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran.

Ketika Persatuan Karya Negeri Terengganu (KARYA) meminta beliau merasmikan wacana teater: Pemikiran dalam Teks Drama Pentas Terengganu pada 28 April 2007 dan Majlis Pelancaran Pementasan Drama Janji Teja pada 19 Mei 2007, beliau amat bersungguh-sungguh untuk menghadirkan diri. Beliau datang dan memberikan ucapan yang kental dan bersemangat untuk orang-orang teater, orang sastera dan orang seni selain orang awam yang menghadiri majlis tersebut.

Teater sebagai satu media pendidikan tidak akan terlepas dalam setiap ucapannya mengenai teater. Dalam dua majlis itu juga disebutnya pada saya bahawa beliau sudah terdidik sebagai seorang pendidik. Daripada seorang guru, seorang pensyarah maktab, pengetua maktab, pengarah pelajaran, pengarah bahagian pendidikan di Kementerian Pelajaran sehinggalah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran.

Perdana Menteri sewaktu memberikan ulasan dan pandangannya tentang kematian Datuk Razali itu ada menyebut, ”Saya menaruh harapan supaya suatu hari nanti Allahyarham menjadi Menteri Pelajaran”. Saya percaya itu.

Saya percaya kuasa Allah. Pada pilihanraya 2004, beliau menang Ahli Perlimen Kuala Terengganu. Ketika beliau datang ke rumah saya pada malam keesokannya selepas pengumuman kemenangannya sebagai Ahli Perlimen, saya nyatakan kepadanya, ”Li, kamu bakal menjadi setiausaha perlimen atau Timbalan Menteri Pelajaran”.

Beliau akur akan perkara itu kerana namanya disebut-sebut untuk menjawat jawatan tersebut. Namun dua minggu selepas itu beliau beritahu saya bahawa Menteri Besar memberitahunya, namanya digugurkan daripada senarai.

Akhirnya perbualan saya dengan beliau benar-benar terjadi apabila selepas menang Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Menerusi kejayaannya, kedudukan teater, seni dan sastera menjadi bertambah kukuh untuk direalisasikan di sekolah. Beliau ada memberitahu saya akan hal itu sewaktu saya berkunjung ke pejabatnya di Putrajaya seawal beliau menduduki kerusi Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau meminta saya supaya mengajak kawan-kawan datang ke pejabatnya. Biliknya sentiasa terbuka. Saya gembira mendengarnya.

Saya gembira kerana beliau masih lagi rapat dengan saya walaupun agak renggang sedikit sewaktu timbulnya ”Revolusi Istana” dalam Perkumpulan Terengganu akibat anasir dan virus yang cuba menyingkir saya dari KUMPUTER.

Razali tahu akan kedudukan saya yang sebenarnya kerana kami sama-sama membangun seni dan sastera sewaktu bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, sekitar tahun 1967-1968. beliau memang hebat di sekolah-mengarang dan mengarah drama sekolah. Drama karya dan arahan beliau yang terkenal ialah Pendekar Tempang. Malahan, beliau telah berjaya menghasilkan skrip drama yang cukup tinggi teks sasteranya berjudul Dunia Dua dan Escapesiem.

Selain itu, kami dan teman-teman lain berjaya membangunkan Kesusasteraan Melayu Terengganu (KESUMA) selepas tamat sekolah menengah pada 1968. Kemudian, kami menguasakan pementasan drama berjudul Di Manakah Ku Cari Ganti pada awal 1970 sebelum beliau menyambung pelajarannya ke Universiti Malaya. Sekembalinya beliau dari Universiti Malaya, kami menubuhkan KUMPUTER pada 25 Oktober 1974 bertempat di Pantai Motel, Kuala Terengganu.

Melalui KUMPUTER, kami megusahakan skrip berjudul Layang-Layang Terbang Melayang. Skrip itu terhasil di rumah saya di Kampung Padang Hiliran, Kuala Terengganu ketika kami masih bujang. Ketika saya menaip, beliau mencari idea, ketika beliau menaip, saya mencari idea, hingga terhasil skrip tersebut dan akhirnya dipentaskan pada Februari 1975.

Sewaktu dalam KUMPUTER, kami bersama-sama dengan Wan Hanafi Su dan Mohd. Ali Taha telah menghasilkan cerita pentas yang berunsur ritual. Antaranya ialah Selayut (karya Mohd. Ali Taha), Ancak (karya Wan Hanafi Su) dan Ambooiii (karya Wan Ahmad Ismail).

Melalui pengalaman tersebut, beliau berjaya menggarap drama berjudul Nyoyang. Nyoyang menjadi karya agung beliau kerana berjaya dipentaskan lebih 30 kali, termasuk di Taman Ismail Marzuki, Indonesia pada 13-14 Januari 1983.

Sebagai seorang yang mementingkan disiplin, arahannya terserlah menerusi Wau Bulan. Banyak penggemar teater yang menganggap teater arahannya cukup mantap dan berwibawa. Malahan lakonannya cukup hebat ketika berlakon seorang diri (monolog) sebagai Sang Pengarang melalui drama berjudul Kosong.

Karya beliau banyak berlatarkan kehidupan kampung, permainan rakyat dan persembahan tradisional dan ritual seperti drama Awak Dayung Mak Yong, Kain, Paku Siah Paku Kecundang, Rohaniku Bisu, Bisuku Rohani, Wau Bulan, Selayut dan banyak lagi.

Beliau meninggal dunia di gelanggang sukan dan bukan di pentas lakonan. Beliau meninggalkan kawan-kawan teater, meninggalkan isteri To’ Puan Nooraini Lob Yusoff dan lima orang anak yang setahu saya tidak seorang pun yang berminat dalam dunia seni sastera dan teater.

Banyak orang yang menganggap beliau satu-satunya warga pendidik yang amat prihatin terhadap dunia pendidikan. Beliau meninggalkan rakyat Kuala Terengganu yang beliau menjadi ahli parlimennya. Malahan semasa menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengambil berat akan kedudukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Datuk Johan Jaafar melaui khidmat pesanan ringkasnya kepada saya menyatakan terima kasihnya kepada Datuk Razali kerana banyak membantunya di DBP. Selepas saya bersara, beliau mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar terdahulu supaya saya menduduki Akademi Seni Terengganu. Cadangannya tidak berjawab, bermakna kerajaan negeri menolaknya. Semuanya ketentuan Allah S.W.T.

Apa-apa pun, Datuk Razali Ismail meninggalkan kita dengan karyanya Ngoyang yang dianggap berhantu, di samping karya lain yang tidak kurang hebatnya. Beliau meninggalkan kesan ketika berlakon melalui drama Kosong dan memberikan input yang tajam ketika mengarah Wau Bulan. Beliau terjatuh ketika bermain badminton, bukan bermain drama.

DBP sepatutnya mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mencetak kembali skrip drama pentasnya sebgai tanda ingatan kepada beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

OLEH WAN AHMAD ISMAIL

SEKITAR LAWATAN KERJA DATUK RAZALI

MENGHARUNGI CABARAN

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail membuktikan yang beliau sanggup mengharungi apa juga cabaran demi pendidikan dan kemajuan pelajar-pelajar di luar bandar.

Baru-baru ini (dari 8-13 Jun) beliau telah menjelajah ke sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dengan mengharungi jalan berbatu kerikil, sungai dan jeram, lurah dan bukit demi memastikan anak-anak di luar bandar mendapat pendidikan sempurna bagi memenuhi aspirasi nasional ke arah melahirkan insan berpendidikan.

Beliau bersama rombongan telah berjaya meninjau di enam buah sekolah di kawasan Pensiangan dan Salinatan dalam daerah Nabawan serta dua buah sekolah di Tawau iaitu Sekolah Kebangsaan Kalabakan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan.

Dengan kehadiran beliau itu memberi semangat baru kepada pendidik dan para pelajar dalam misi menyemarakkan dan memajukan pendidikan terutama di kalangan para pelajar luar bandar.

Bagi Datuk Razali sendiri, lawatannya itu memberi peluang kepadanya untuk mengetahui sendiri masalah yang dihadapi pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah-sekolah di luar bandar.

Semasa menjawat jawatan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru pada tahun 2003 beliau pernah melakukan lawatan serupa dan lawatan kali kedua ini menambah keyakinan penduduk tempatan terhadap pelaksanaan rancangan pembangunan pendidikan di kawasan yang kemiskinannya paling tinggi di Sabah.

Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa pendidikan, Datuk Razali Ismail tidak mahu hanya pandai mengeluarkan teori-teori atau cakap-cakap sahaja malah sanggup merentasi apa sahaja cabaran untuk melihat sendiri kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh warga pendidik dan penduduk di kawasan luar bandar yang menghadapi masalah kemiskinan tegar.

Dengan strategi ini pelajar-pelajar di pedalaman tidaklah terasa terpinggir atau tersisih dari perhatian para pemimpin mereka.

Mereka juga perlu memperolehi atau mengecapi nikmat pendidikan berkualiti kerana ”Pendidikan Adalah Untuk Semua, tiada anak yang dipinggirkan”. Begitulah motto yang sentiasa dipegang oleh Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran yang sentiasa memberi perhatian berat terhadap pendidikan anak bangsa.

Dalam ucapannya di mana sahaja, Datuk Razali sentiasa menegaskan bahawa tiada warga yang dinafikan haknya untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti.

Menteri Pelajaran Datuk Hishamuddin Tun Hussein menyokong penuh lawatan kerja yang dilakukan oleh Datuk Razali Ismail ke sekolah-sekolah di pedalaman itu.

Gerak kerja yang dilakukan ini sebagai usaha untuk memastikan pelan merapatkan jurang pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Bercakap mengenai pembangunan pendidikan luar bandar Datuk Razali menegaskan, ”Apa yang membimbangkan kita ialah kita tidak menggunakan sepenuhnya sumber yang kita ada yang tidak terkira banyaknya”.

Beliau menggesa agar guru berani menghadapi cabaran mendidik pelajarnya dan masyarakat pula perlu berani membuat perubahan sikap demi kepentingan pendidikan anak bangsa mereka.

Usaha melahirkan pelajar cemerlang, katanya tidak tertumpu kepada para pelajar di bandar sahaja malah menembusi kawasan luar bandar dan pedalaman.

Jurang pendidikan akan kita kecilkan atau kalau dapat dihapuskan supaya setiap warganegara berpeluang mendapat pendidikan sempurna dan berkualiti,” tegasnya.

Datuk Razali juga menegaskan bahawa Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang konprehensif adalah landasan untuk melahirkan modal insan berkualiti seperti yang dicita-citakan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

9:04 AM

Tempat-tempat bersejarah di terengganu




Satu Peninggalan Sejarah

Negeri Terengganu Darul-Iman adalah antara negeri-negeri di Malaysia yang memiliki kisah-kisah sejarah yang menarik. Menurut sejarawan, Negeri Terengganu telah dibuka sebelum munculnya Negeri Melaka. Antara kisah-kisah sejarah yang termasyhur di negeri ini ialah kisah Batu Bersurat di Kuala Berang, sejarah Hj. Abd. Rahman Limbong, Bukit Puteri dan lain-lain lagi. Namun terdapat satu peninggalan sejarah yang dianggap begitu menarik di negeri ini. Sejarah yang dimaksudkan itu ialah Bukit Puteri yang terletak di pinggir kota Darul-Iman.

Kesan-kesan peninggalannya jelas dapat dilihat hingga sekarang. Bukit Puteri mungkin menjadi masyhur jika cerita atau kajian mengenainya diberikan publisiti yang lebih meluas. Lokasinya yang terletak di dalam kesibukan bandar menjadikan Bukit Puteri tampak hebat jika dibandingkan dengan tempat lain hinggakan bagi sesetengah pencinta sejarah, mereka berpendapat Bukit Puteri adalah lambang sejarah negeri. Bukit yang tingginya lebih kurang 200 meter ini letaknya berhampiran dengan Istana Maziah ( iaitu sebuah istana yang dibina bagi menggantikan Istana Hijau di kaki bukit yang telah terbakar pada tahun 1882 ). Luas kawasan bukit ini dianggarkan kira-kira 0.688 hektar. Kajian sejarah menunjukkan bahawa Bukit Puteri ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1.

Puteri Bunian

Terdapat pula berbagai-bagai cerita dan kisah menarik mengenai asal-usul nama Bukit Puteri ini. Ada cerita mengatakan Datok Bendahara Padang Saujana Johor telah menghantar wakilnya iaitu Megat Seri Rama untuk memerintah Terengganu pada kurun ke-17. Namun pada masa itu bukit ini sudah dikenali sebagai Bukit Puteri. Kisah yang lain pula menyatakan bahawa Bukit Puteri berasal dari nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang datang ke Terengganu dan membuka bukit ini. Tetapi kisah yang paling menarik, didapati daripada cerita penduduk-penduduk kampung disitu. Kebanyakan cerita mengatakan bahawa pada zaman dahulu bukit ini menjadi kediaman bagi Puteri Bunian.

Penduduk kampung ketika itu selalu datang berjumpa Tuan Puteri untuk meminjam pinggan mangkuk bagi mengadakan majlis nikah-kahwin atau majlis keramaian yang lain. Malangnya ada di antara mereka yang tidak memulangkannya kembali dan ada yang pecah pula tidak diganti. Oleh kerana sikap penduduk-penduduk yang tidak amanah itu, Tuan Puteri telah merajuk dan lari ke Bukit Bintang di Daerah Besut.

Menurut Puan Fatimah, 40 tahun pula, yang pernah tinggal berhampiran bukit itu berkata nama Bukit Puteri diambil sempena nama puteri tujuh beradik yang tinggal di atas bukit itu. Kononnya puteri-puteri itu adalah sebagai penunggu bukit. Ada juga cerita yang didapati daripada mereka yang naik ke atas bukit itu yang tercium bau harum semerbak kononnya adalah bau puteri tersebut. Menurut surirumah itu lagi, lagu ‘Ulek Mayang’ ada kaitannya dengan kisah puteri tujuh beradik ini. Walau apapun, kesimpulan yang dapat difahami menunjukkan bahawa nama bukit ini adalah berkaitan dengan Tuan Puteri.

Perebutan Kuasa

Jika dibandingkan dengan bukit-bukit lain, Bukit Puteri jauh lebih kecil dan kawasannya tidak begitu luas. Akan tetapi mengapakah bukit ini tiba-tiba saja menjadi terkenal?. Segalanya berlaku pada kurun ke-18 di mana berlaku perebutan kuasa diantara tiga pihak yang ingin menguasai pentadbiran Kuala Terengganu ketika itu.

Dalam peristiwa tersebut, perebutan kuasa di antara Baginda Umar dengan Sultan Mansur Syah 11 dan Sultan Muhammad 1 bukit ini telah terkenal sebagi kubu atau benteng pertahanan untuk mengawal serangan-serangan musuh. Perbalahan ketiga-tiga pihak ini akhirnya membawa kepada satu rundingan, di mana Tengku Mansur telah dilantik menjadi Sultan Terengganu. Sementara Tengku Umar pula dilantik sebagai Yang DiPertuan Besar. Namun begitu, pertelingkahan mereka tidak lagi padam. Sikap ingin menunjuk kuasa masing-masing ditambah dengan pertelingkahan yang sedia ada, rupa-rupanya telah mencetuskan satu perang saudara antara pihak Tengku Mansur dan Tengku Umar.

Tengku Umar telah mengambil kesempatan menggunakan Bukit Puteri sebagai benteng pertahanan dari serangan Tengku Mansur yang berkubu di kawasan Balik Bukit. Namun begitu akhirnya Tengku Umar terpaksa mengalah dan meninggalkan Bukit Puteri. Mengikut catatan sejarah, Tengku Umar telah melarikan diri ke Besut kemudian ke Daik.

Tengku Mansur yang bergelar Sultan Mansur Shah terus berkuasa semula dan memerintah takhta kerajaan Negeri Terengganu. Setelah kemangkatan Sultan Mansur Shah 11, Sultan Muhammad 1 telah dilantik menggantikan beliau. Dalam masa yang sama Tengku Umar yang melarikan diri ke Daik pulang ke Terengganu merampas takhta kerajaan negeri Terengganu dan orang-orangnya telah menyerang Bukit Puteri yang ketika itu menjadi tempat bersemayam Sultan Muhammad 1. Di sini berlakunya pertempuran hebat antara kedua belah pihak. Setelah pertempuran sengit berlaku, kekalahan berpihak kepada Sultan Muhammad 1. Lalu beliau terpaksa berundur ke Dungun. Dan giliran Tengku Umar pula yang menguasai Bukit Puteri.

Sultan Muhammad 1 yang disingkirkan tidak berputus asa meminta pertolongan Tengku Hitam bagi menewaskan Tengku Umar. Beberapa bulan kemudian, gandingan Sultan Muhammad 1 dan Tengku Hitam dari Dungun cuba untuk menyerang Tengku Umar yang berkubu di Bukit Puteri dalam usaha merampas kembali takhta kerajaan. Malang cubaan mereka gagal.

Kubu Dari Madu

Adalah dipercayai bahawa kubu yang dibina oleh Baginda Umar ini diperbuat daripada batu-bata, madu dan kapur. Dari rentetan sejarah ini, jelas menunjukkan bahawa Bukit Puteri amat penting satu ketika dahulu sebagai kubu pertahanan yang kuat. Ini adalah mungkin disebabkan kedudukan fizikalnya yang begitu strategik yang menyukarkan pihak musuh menyerang. Kesan peninggalan kubu itu masih dapat dilihat dengan jelas hingga ke hari ini.

Apa yang menarik perhatian dalam kawasan kubu ini ialah terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Rumah Api. Rumah Api ini tingginya lebih kurang 10 meter. Terletak di penjuru kawasan kubu dan boleh dilihat dengan jelas dari muara Sungai Terengganu.

Memandangkan penduduk-penduduk Terengganu ketika itu kebanyakkannya adalah nelayan, maka Rumah Api ini amatlah penting, bagi mereka lebih-lebih lagi untuk menentukan arah kepala muara Sungai Terengganu. Begitu juga bagi para pelayar yang sentiasa berulang alik berdagang ke serata Nusantara dengan perahu-perahu besar. Ini adalah kerana pada masa dahulu kegiatan perdagangan begitu pesat sekali.

Satu lagi bahan bersejarah yang penting, terletak di dalam kubu ini ialah tiang bendera. Tiang bendera ini mempunyai bentuk yang agak menarik dan canggih walaupun didirikan pada zaman lampau. Ianya tidak merupakan sebatang tiang semata-mata, tetapi mempunyai palang kayu di tengah-tengahnya sepanjang 5 meter.

Kegunaan utama tiang bendera ini adalah untuk menaikkan bendera raja apabila satu-satu istiadat kebesaran diadakan. Misalnya apabila diadakan istiadat pertabalan.

Mengikut fakta sejarah yang tercatat, tiang bendera ini telah didirikan dengan penuh istiadat kebesaran negeri dituruti dengan tembakan meriam sebanyak 16 das, semasa upacara menanam tiang dilakukan. Tingginya lebih kurang 18 meter dan ditanam sedalam 2 meter.

Hari yang penuh bersejarah itu telah dicatat bertarikh 22 April 1899 Masehi bersamaan 12 Zulhijjah 1319 Hijra iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin Ketiga. Namun begitu tiang bendera yang tersergam sekarang ini telah didirikan pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.

Berhampiran tiang bendera ini juga terdapat satu runtuhan pentas batu yang dipercayai digunakan sebagai singgahsana oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Bersebelahan pentas batu ini terdapat pula sebuah lubang sebesar 1 meter persegi. Lubang ini dikatakan sebagai tempat menyimpan peluru meriam semasa perang dahulu.

Seri Bueh

Lain pula ceritanya jika dikaitkan dengan lagenda Tuan Puteri di atas bukit ini. Mengikut cerita adalah dipercayai bahawa lubang ini adalah tempat Tuan Puteri menyimpan pinggan mangkuknya.Di gunakan untuk melawan pihak musuh. Disamping itu ia juga digunakan sebagai isyarat bagi istiadat-istiadat kebesaran negeri. Sebenarnya banyak lagi meriam yang terdapat di atas bukit ini.

Meriam-meriam ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang buatannya dari Negara Sepanyol dan Portugis. Tidak ketinggalan juga meriam buatan dari Tanah Melayu. Meriam-meriam ini diberikan nama yang berlainan seperti Seri Johor, Seri Bueh, Seri Jamior dan Laila Majnun. Tetapi, apa yang menarik perhatian mengenai meriam-meriam ini ialah tentang 'Seri Bueh'.

Sebenarnya Seri Bueh lebih dikenali dengan panggilan Meriam Beranak. Ini adalah kerana kedudukan meriam ini yang seolah-olah mempunyai hubungan, di mana terdapat sepucuk meriam besar yang menjadi 'ibu' kepada sepucuk meriam kecil disisinya. Oleh kerana saiz dan keadaan kedua-dua pucuk meriam ini lebih mirip kepada 'ibu dan anak' maka dengan itu ianya lebih termasyhur dengan panggilan Meriam Beranak.

Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa dalam tahun 1941 hingga 1945, terjadi satu peristiwa yang hampir melenyapkan sejarah meriam-meriam ini. Pada waktu itu Tanah Melayu dikuasai oleh tentera-tentera Jepun, termasuk bandar Kuala Terengganu. Tentera-tentera Jepun, ketika itu telah banyak memindahkan meriam-meriam yang berada di atas Bukit Puteri ini untuk dihadiahkan kepada Kerajaan Siam pada masa itu amat berminat untuk menjadikan meriam-meriam ini sebagai harta rampasan perang.

Namun begitu generasi hari ini amat bernasib baik kerana usaha-usaha itu telah menemui kegagalan. Ternyata jika usaha-usaha tentera Jepun itu berhasil, hilanglah satu bahan bersejarah yang menjadi simbol kekuatan kubu pertahanan Bukit Puteri pada hari ini.

Loceng Besar Atau Genta

Monumen bersejarah lain pula yang turut menghiasi Bukit Puteri hingga ke hari ini ialah sebuah loceng besar. Ia juga dikenali sebagai 'Genta'. Genta besar ini ditempatkan di tengah-tengah kawasan bukit ini sejak beberapa keturunan pemerintah Negeri Terengganu dahulu. Walaupun begitu genta ini akan digantikan dengan yang baru sekiranya rosak.

Menurut catatan sejarah genta yang ada sekarang ini telah dibuat pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin Yang Ketiga, iaitu kira-kira dalam tahun 1326H (1908 Masihi ). Genta ini diperbuat dengan menggunakan tembaga kuning dan istiadat menuangnya dilakukan di hadapan istana Maziah. Orang yang bertanggungjawab dalam pembuatan genta ini ialah Wan Ali bin Wan Awang dengan dibantu oleh beberapa tukang dari Kampung Tanjung dan Kampung Paya. Genta ini mempunyai lilitan berukuran 228cm dan tingginya lebih kurang 78cm, sementara beratnya pula ialah 175kg.

Genta pertama terdapat di atas bukit ini dikatakan dibuat pada 17 Syaaban 1270H (15 Mei 1853) iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Omar yang merupakan Sultan Terengganu yang ke-9. Genta pertama ini telah dinamakan 'Negara'. Pada masa dahulu genta ini dijaga oleh budak-budak 'raja' tetapi pada Sultan Umar hingga Sultan Zainal Abidin yang ke-3 ( 19.12.1881 - 25.11.1918 ) ianya telah dijaga pula oleh Encik Ali bin Abdullah.

Genta ini diadakan atas tujuan-tujuan tertentu. Genta ini akan dibunyikan sebagai isyarat kepada penduduk kampung bila berlakunya kegemparan seperti kebakaran, kejadian amuk, serangan pihak musuh dan kegemparan-kegemparan besar yang lain.

Menurut adat negeri, apabila genta dibunyikan bertalu-talu tanpa mengira masa-masa tertentu, maka sekalian penduduk akan segera menutup pintu rumah masing-masing dan kedai-kedai pun turut berkemas dan bersiap-sedia dengan kelengkapan senjata dan berjaga-jaga jika ada orang mengamuk. Sebaliknya pula jika berlaku kegemparan lain seperti kebakaran mereka akan bersama-sama menolongnya.

Selain daripada itu, genta juga digunakan pada bulan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tetapi cara penggunaannya berlainan pula. Genta dibunyikan pada bulan puasa mulai jam 6 petang hinggalah waktu berbuka. Dengan ini penduduk-penduduk kampung akan lebih bersedia untuk menyambut waktu berbuka. Begitu juga pada waktu bersahur. Genta mula dibunyikan pada jam 12 tengah malam dengan kecang dan dikenali dengan nama 'Goncang' sebagai menandakan waktu memasak makan sahur diikuti tembakan meriam satu das.

Pada hari raya pula genta ini akan dibunyikan dengan kencang serta bertingkah-tingkah lagunya menandakan masuk waktu sembahyang raya. Ini juga beriringan dengan keberangkatan sultan ke masjid. Namun begitu adat ini telah dibatalkan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Semenjak itu genta ini tidak dibunyikan lagi bagi menandakan masuk atau sudahnya waktu sembahyang. Kini genta ini telah ditempatkan di dalam sebuah pondok berjaring dikenali sebagai Pondok Genta.

Di salah satu kawasan hujung bukit ini terdapat satu kawasan kecil yang dipercayai sebagai kawasan perkuburan pada satu masa dahulu. Ini berikutan adanya beberapa batu nisan dari berlainan bentuk. Namun begitu kawasan kaki Bukit Puteri satu ketika dahulu adalah merupakan kawasan perkuburan.

Satu kawasan kubur lagi dikelilingi oleh runtuhan batu seolah-olah sebuah kandang atau benteng bagi kubur tersebut. Kini kubur-kubur tersebut telah dipelihara dan dijaga keadaan sekitarnya supaya lebih terang dan jelas dilihat.

Bukit Misteri

Bukit Puteri sekarang telah mula menjadi tumpuan penduduk tempatan dan menjadi daya tarikan pelancong untuk melawat warisan sejarah negeri ini. Berbanding dengan suatu ketika dahulu Bukit Puteri sekarang ini telah diperbaiki dan dibuka kepada orang ramai.

Untuk sampai ke atas Bukit Puteri ini tidaklah perlu lagi bersusah-payah mendaki bukit yang tingginya hampir 200 meter dari aras laut. Pihak kerajaan telah membuat satu laluan mendaki dengan menggunakan anak tangga. Bukit Puteri telah diubahsuai dan dihias kembali supaya menjadi lebih menarik.

Bagi mereka yang ingin melepaskan penat lelah selepas bekerja, Bukit Puteri adalah tempat yang sesuai bagi merehatkan fikiran. Terdapat kerusi-kerusi dan bangku yang disediakan untuk tujuan ini. Biarpun banyak perubahan dan pembaikian kemudahan dilakukan namun keaslian sejarah di bukit yang penuh misteri ini tetap terjaga.

Mungkin masih ada lagi misteri yang belum terungkap di Bukit Puteri ini di sebalik keindahannya. Sesungguhnya wajah bandar Kuala Terengganu serta air sungainya yang mengalir tenang dilihat dari puncak bukit sungguh mengasyikkan.

Keadaan tenang dan keindahan wajah Bukit Puteri yang sebegini mengingatkan kembali kepada kisah Tuan Puteri yang pernah menjadi pemilik bukit ini. Dengan berbekalkan lipatan sejarah, ia tersergam indah di sebalik kesibukan kota.

Itulah Bukit Puteri, lambang sejarah negeri ….. !